Sayidina Ali k.w.h. juga pernah berpesan:
" Ilmu pengetahuan itu lebih baik
daripada harta benda
sebab ilmu pengetahuan
dapat menjaga dirimu.
Sedangkan harta
engkaulah yang harus menjaganya.
Ilmu pengetahuan berkkuasa
sedangkan harta benda dikuasai.
Harta benda berkurangan jika dibelanjakan
sedangkan ilmu pengetahuan
akan bertambah-tambah
jika diberikan kepada orang lain."
Allah menyuruh Nabi Sulaiman a.s.:
"Pilihlah satu antara tiga:
Harta, kerajaan dan ilmu."
Baginda memilih ilmu
maka Allah berikan kepadanya
harta dan kerajaan
kerana ilmu yang dipilihnya.
(Maksud Hadis)